Dahulu ramai para saintis yang meragui tentang kewujudan air zam zam ini. Ada yang mengatakan terdapat sebuah paip di bawah tanah. Namun sebenarnya terdapat banyak keajaiban tentang air zam zam ini.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji?
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Kisah Siti Hajar dan Ismail(===Surah Ibrahim Ayat 37===)
Suatu hari, karena diperintahkan Allah, Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di Mekah. Siti hajar sanagt sedih dan cemas. Saat itu Ismail masih bayi dan Mekah masih berupa padang pasir yang tandus. Tempat itu sanagt sunyi, yang ada hanya bebatuan dan pasir. Tidak ada orang. Tidak ada pohon, tidak pula binatang, Siti Hajar agak risau.
Sebagai ayah, Ibrahim merasa berat hati. Ia tidak mahu meninggalkan keluarganya. Namun, Ibrahim dan Siti Hajar harus menurut kehendak Allah.
Ketika Siti Hajar bertanya,"Mengapa engkau meninggalkanku?"Ibrahim terdiam. Pertanyaan serupa diulangi beberapa kali, tetapi Ibrahim hanya diam menahan sedih. Sampai akhirnya Siti Hajar bertanya,"Apakah ini perintah Allah?"
"Ya, ini perintah Allah,"jawab Nabi Ibrahim.
Siti Hajar meyakininya. Ia percaya bahwa Allah akan menjaga dirinya dan anaknya walaupun ditempat itu tidak ada siapa pun, sangat sunyi.Kesabaran dan keyakinan Siti Hajar diuji Allah. Bekal makanan dan minuman yang dibawa lambat laun habis. Hidupnya mulai susah, apalagi ia jauh dari Ibrahim.
Akhirnya Siti Hajar meninggalkan Ismail untuk mencari pertolongan. Tapi, ia tidak menjumpai siapa pun.Siti Hajar berlari ke Bukit Shafa. Ia berdiri menunggu orang lalu Tapi tidak ada. Siti Hajar lalu berlari ke bukit Marwah juga tidak ada orang. Ini dilakukannya sampai tujuh kali.
Ketika Siti hajar berdiri kebingungan di bukit Marwah, terdengar suara . Seorang malaikat datang menunjukkan sumber air. Lalu muncullah mata air yang letaknya dekat dengan Ismail, yang kita kenal saat ini dengan nama air zam-zam. Siti hajar meminum air tersebut dan segera menyusui Ismail.
Siti Hajar merasa senang dan ia mengucapkan syukur kepada Allah. Malaikat berkata,"Kalian jangan takut disia-siakan oleh Allah, ditempat ini ada Baitullah yang akan dibangun oleh Ibrahim dan Ismail. Sungguh Allah tidak akan menyia-nyiakan orang-orang yang berada disekitar Ka'bah.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Zam Zam mengandungi Anti kuman . Dari penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.