Kunang2 Hati.
(Norm Norman MohdYusof)
andai ada hati yang terarah pasti arahnya kepadamu
andai ada jiwa yang melestari pasti lestarinya kepadamu
begitulah kalau mata sudah terlakar indah di sanubariku
bila melihat kamu yang seayu begini
entah kenapa saat aku sedang merundum dalam kekecewaan
kamu hadir membawa harapan segumpal murni
dan aku melarik dalam dambaan kesukaan yang teramat
aku cuba menidakkan namun kamu tetap hadir di pawana hatiku
dan aku puas menafikan tapi itu juga yang tidak dapat kulakukan
mana bisa kataku...
mana mungkin ini semua boleh berlaku sedangkan
kamu bidadari yang terlalu cantik
dan aku cuma kunang-kunang yang berterbangan tanpa ada yang peduli
namun akhirnya kusedari bahawa
aku hanya bermimpi pada perkara yang tidak pasti
siapalah aku
insan yang terbiasa melihat kamu dari kejauhan
tanpa kamu sedari ada hati yang terpaut
nnmy
110216

No comments:
Post a Comment