Thursday, February 11, 2016

Buat kekasih

B...

Walau jarak memisah
Walau masa berundur
Namun ketahuilah sayangku
Tidak sesaat pun hati ini terpisah
Tidak sesaat pun hati ini berundur
Untuk menyintaimu sepenuhnya
B...
Sepi bukan tidak sayang
Sunyi bukan tidak cinta
Sekadar memberimu ruang sayangku
Tidak seminit pun hati ini tidak sayang
Tidak seminit pun hati ini tidak cinta
Untuk menyayangimu sepenuhnya


B...
Jelas kadang2 lidah ini bergetar
Jelas kadang2 kata ini menyakiti
Ketahuilah wahai sayangku
Tidak sesaat pun hati ini ingin selisih
Tidak sesaat pun hati ini ingin melukai
Demi menyayangi dan menyintaimu sepenuhnya


B...
Walau hati membara dengan api kemarahan
Walau hati membara dengan api kesakitan
Namun tidak ada sesaat
Namun tidak ada seminit
Hati ini untuk alpa padamu sayangku
Hati untuk cuba beralih arah
Kerana
Cinta dan hatiku hanya satu
Dan yang satu itulah telah ku berikan padamu
Terima kasih B....
Nukilan.. : Ezart Danial Johari.. (RIP-AlFatihah~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

Radio MyGengFM


Loading ...