Thursday, February 11, 2016

Memori Cinta Lestari


MEMORI CINTA LESTARI (Norm Norman Mohd Yusof)


Zabisan

usah di tanya apa yang kurasakan tika dan saat ini kerana sebenarnya aku sendiri enggak ketahuan apa yang kurasakan

tika hidup berulang sendu gimana nak aku gembirakan hati yang kesepian dalam menoktahkan hari-hariku yang sebegini kuhadapi

biarpun kehilanganmu sudah ada penggantinya namun ingatan itu ada waktunya kembali mengamit memori usang yang lama bertahta

kutahu saat perpisahan itu amat menyedihkan namun aku dapat terima bila Dia amat sayangkan kamu melebihi dari sayangku padamu

emang aku tidak dapat menipu perasaanku namun itu juga yang terlestari di hati ini tak apalah jika aku masih bermain perasaan ini kerana mana bisa aku mahu melupaimu yang hadir mencuri hatiku

padamu kuutuskan doa dalam saban waktu solatku semoga dirimu berada bersama mereka yang beriman dan buat kamu pengantinya kuterimamu seadanya dalam ketentuan Allah

demi sesungguhnya aku bersyukur kerana di kirimkan cinta buat kedua kalinya hanya kerana sayangku kembali berputik untuk mencintaimu

andai ini anugerah terindah kepadaku gimana mahu aku menidak takdir jodoh pertemuan kita kerana yang pasti aku tidak mahu di kecewakan lagi...

nnmy
100216
hamallah

No comments:

Post a Comment

Radio MyGengFM


Loading ...